Saturday, April 10, 2010

JAMU MAK DARA

INGIN SIHAT, CANTIK, ANGGUN, DIKAGUMI, GAGAH, CERIA DAN BERGAYA??????

Pasti salah satu produk di bawah sesuai untuk anda dan menjanjikan hasil yang memuaskan. Jangan ragu-ragu untuk mencuba kerana produk-produk ini adalah keluaran tempatan dan dijamin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


JAMU MAK DARA


PRODUK-PRODUK JAMU MAK DARA

1. Set Bersalin Ibu Halimah
2. Jamu Mak Dara (Kapsul)
3. Jamu Mak Dara (Serbuk)
4. Jamu Anak Dara/Almira
5. Jamu Pria/Vigor
6. Losyen Ibu Halimah
7. Pilis
8. Bedak Sejuk

Syarifah Aisyah, berdarah campuran Arab dan Indonesia merupakan nenda kepada pengasas Jamu Mak Dara, iaitu Ibu Halimah. Beliau telah mencipta resepi unik ini yang telah diterima pakai oleh wanita di zaman 1920-an lagi. Campuran herba-herba dari hutan hujan Malaysia ini mengandungi akar kayu, benih dan dedaunan yang terbaik. Bonda Ibu Halimah iaitu Puan Kamariah Bin Haji Latif telah mewarisi segala resepi unik dan telah mewujudkan istilah "Mak Dara" di kalangan wanita yang telah berumahtangga iaitu wanita yang telah bercahayamata tetapi masih jelita, menawan dan masih kekal seperti remaja.
Hasilnya dapat dilihat sendiri kepada Ibu Halimah yang masih menawan, sihat, cantik dan cergas walaupun telah umurnya telah melewati 60-an . Tidakkah anda ingin menjadi seperti Ibu Halimah? Jangan segan-segan untuk mencuba dan lihatlah hasilnya.........



Set Bersalin Ibu Halimah
RM 350.00 SM
RM 375.00 SS/BRUNEI

Jamu mak dara serbuk
1 kotak 250 gram
Jamu mak dara kapsul
2 botol 60 biji kapsul(perbotol)
Losyen param
1 botol 120 ml
Pilis
1 bekas 200 gram
Bedak sejuk
1 bekas 200 gram
Rempah mandi
1 bungkus 100 gram
Bengkung
1 helai
Tungku kukus berherba
1 unit


KANDUNGAN SET BERSALIN JAMU MAK DARA

JAMU MAK DARA SERBUK

Cara Penggunaan
Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara ke dalam setengah cawan air panas. Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.

Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan sambil tangan meneguk air Jamu Mak Dara. Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu. Banyakkan minum air suam ketika berpantang. Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.


JAMU MAK DARA KAPSUL

Cara Penggunaan
Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timun , buah kundur dan lain lain ketika berpantang. Juga elakkan makanan berlemak , berkuah dan berair seperti kobis dan kangkung seboleh- boleh nya sehingga selepas pantang kerana jika diambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh .

LOSYEN IBU HALIMAH

Cara Penggunaan
Digunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada ,lengan dan terutama nya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan- kesan kulit pecah pada badan.

PILIS

Cara Penggunaan

Sapukan pada dahi setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Pilis digunakan untuk melegakan sakit- sakit di bahagian ubun-ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yang biasa dialami ibu- ibu baru lepas bersalin.

BEDAK SEJUK

Cara penggunaan
Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambahkan dengan air sehingga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu , leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan- kesan hitam .Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu. Seelok- eloknya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat diserap oleh kulit.

Khasiat
Bedak sejuk dapat merapatkan liang- liang kulit serta menghilangkan kesan- kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.

REMPAH MANDI

Cara Penggunaan
Rebus rempah mandi di dalam periuk sehingga rebusan mendidih. Ambil 3 cawan air rempah mandi dan dicampurkan ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian). Mandi menggunakan air rempah secukupnya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh digunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu- ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu- ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk amat sesuai untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.

BENGKUNG

Bengkung Jamu Mak Dara diperbuat daripada kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu- ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.

Cara Penggunaan
Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada. Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas . Lilitkan tali mengikut lubang –lubangnya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas . Adalah dinasihatkan kepada para ibu untuk menyapu losyen Ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Disarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang.



Khasiat
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu- ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.

TUNGKU HERBA KUKUS

Tungku herba ini di perbuat daripada herba dan rempah ratus yang terpilih yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang- liang roma seterusnya memudahkan penyerapan herba dan rempah ratus oleh tubuh.

Cara Penggunaan
Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit. Lapiskan dengan satu lapis kain lain sekira nya panas kemudian tuam pada bahagian yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

Khasiat
Digunakan untuk melegakan sakit- sakit sendi dan sengal- sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu- ibu dalam tempoh berpantang.



*Tip-Tip Oleh Ibu Halimah
  • Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
  • Untuk wanita lepas bersalin, pengambilan jamu boleh dimulakan pada hari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
  • Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakkan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
  • Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim
  • Dalam tempoh 44 hari berpantang, jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
  • Sekiranya mendapati diri hamil, elakkan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
  • Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pengambilan makanan laut sebaliknya lebihkan ulam-ulaman
  • Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan yang sihat
  • Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut menjadi buncit

JAMU MAK DARA (SERBUK DAN KAPSUL)
RM 45.00 SM (KAPSUL)
RM 50.00 SS/BRUNEI
RM 60.00 SM (SERBUK)
RM 65.00 SS/BRUNEI
60 Biji

Ia diperbuat dari 32 jenis herba terpilih antara bahannya ialah:
Gadong, Tahi angin, Cabai pintal, Akar siak, Sambar antu, Cabai batik, Akar cerita, Kulit pulau sari, Kulit kayu serapat, Ketumbar kasar, Jintan hitam, Temulawak, Halia bara, Halia putih, Kunyit kering, Kayu manis cina, Kedaung, Daun cina maki, Masuri, Jerangau, Lengkuas merah, Buah keras, Jemuja, Daun terawas, Hadas pedas, Langkau besar, Langkau kecil, Bica bolong, Biji kami, Buah gorek, Akar kayu putih dan Cekor .



Khasiat Jamu Mak Dara
1. Menyuburkan rahim
2. Mengatasi masalah keputihan
3. Merapatkan faraj
4. Menambahkan nafsu syahwat
5. Memberikan tenaga
6. Membuangkan toksik dalam badan
7. Membaiki sistem kitaran haid
8. Membakar lemak berlebihan
9. Membuang angin dalam badan
10. Mengurangkan masalah bau badan
11. Rahsia kekal awet muda
12. Masalah kemaluan berbau
13. Masalah kesakitan di bahagian pinggang
14. Mengurangkan ketegangan sendi dan otot-otot
15. Mengurangkan sengal-sengal badan


Cara Penggunaan
Untuk langsingkan badan / kesihatan keseluruhan wanita
Kapsul
2 Kapsul X 2 kali sehari ( sebelum sarapan/makan malam)
Serbuk
1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan
2 kali sehari (sebelum sarapan/makan malam)


PERINGATAN
- Harus cukup tidur dan rehat
- Elakkan mengambil makan malam selepas pukul 7 malam
- Elakkan makan nasi pada waktu malam
- Lebihkan makan sayur-sayuran
- Kurangkan pengambilan makanan bercili dan berlemak
- Senaman bersahaja 15 minit setiap hari
- Jika makan malam, pastikan rehat selama 4 jam sebelum tidur.





JAMU ANAK DARA (JAMU ALMIRA)
RM 45.00 SM
RM 50.00 SS/BRUNEI
60 Biji

Khasiat Jamu Anak Dara
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Memberi tenaga
  • Membuang toksik dalam badan
  • Memperbaiki sistem kitaran haid
  • Membakar lemak berlebihan
  • Membuang angin
  • Mengurangkan masalah bau badan
  • Mengatasi masalah kemaluan berbau
  • Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
  • Rahsia untuk kekal awet muda
Cara penggunaan
2 kapsul x 2 kali sehari (sebelum sarapan/makan malam)



JAMU PRIA (VIGOR) FOR MEN
RM 45.00 SM
RM 50.00 SS/BRUNEI
60 Biji

Diformulasikan dari herba-herba yang terbaik, sesuai untuk lelaki yang mahu mengekalkan kesihatan luar dan dalam malah mementingkan kesejahteraan dan kebahagiaan suami isteri.
Setiap kapsul mengandungi herba terbaik :
  • Piper Longum
  • Croton Caudatum
  • Helictrates Isora
  • Hippocratea Indica
  • Eurycoma Longifolia
  • Coriandrum Sativum
Khasiat Jamu Pria For Men
Lemah Syahwat
Jamu Pria for Men membantu meningkatkan libido lelaki dan membantu peningkatan hormone testosterone lelaki yang dapat meningkatkan tahap seksual kaum lelaki.

Stamina
Jamu Pria for Men membantu memulihkan tenaga yang hilang untuk kecergasan sepanjang hari

Ketagihan Rokok
Selain itu, Jamu Pria for Men juga membantu kaum Adam untuk mengurangkan ketagihan merokok kerana bahan-bahan herba yang aktif dapat menyingkirkan kesan nikotin, juga membantu perokok yang ingin berhenti serta mempercepatkan proses pemulihan

Bentuk tubuh
Jamu Pria for Men juga membuang toksin dalam badan sekaligus menyingkirkan lemak-lemak berlebihan dalam sistem tubuh. Ia secara tidak langsung dapat membantu mengawal dan menurunkan berat badan serta memperkemaskan bentuk badan

Cara Penggunaan
Amalkan pengambilan 2 kapsul 2 kali sehari sebelum makan di waktu pagi dan juga malam.












Cara Mendapatkan Produk

1 Tentukan produk dan jumlah bayaran untuk pembelian termasuk kos penghantaran.
Kos penghantaran RM 5.00 bagi Sem.Malaysia, RM 8.00 bagi Sabah/Sarawak/Brunei

2. Buat bayaran ke akaun-
Maybank 164557174876 (Zulkifle Bin Mohd Razali)
CIMB 14200011489520 (Zulkifle Bin Mohd Razali)

3. Setelah bayaran dibuat, sila hantar email atau sms ke - myherbatradisional@gmail.com
- 017 - 6526404

4. Tuliskan -

Nama Produk dan Bilangan Produk
Nama Anda
Nama Bank Yang Digunakan
Tarikh dan Masa Bayaran
Jumlah Bayaran
Alamat Penghantaran
No. Telefon

Sila hubungi kami melalui sms 017-6526404 atau email myherbatradisional@gmail.com , jika
produk tidak sampai selepas 7 hari penghantaran.